welcome

welcome
pada yg sudi terima kasih

sesUngguhnYa @ku ceMbUru Ya Allah



Di hening pagi,
Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
Ketika dedaunan masih basah disirami embun,
Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
Diriku hanya bertemankan sepi.

Aku melihat alam ciptaan Allah,
Langit yg membiru dan terbentang luas,
Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,
Aku tertunduk,
Tubir mata mula digenangi air jernih,
Aku hanyut dibawa bayangan minda.


Peristiwa-peristiwa semalam,
Seringkali menerjah minda,
Biarpun cuba dipadam dan dilupa,
Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
Pengalaman hidup jauh dari jalan redhaNya,
Membuatkanku benar-benar derita,
Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.

Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yg dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepadaMu wahai Tuhan yg menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yg melukai.


Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.

Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.

Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.


Hembusan bayu menyedarkanku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepadaMu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin...

1 comment:

  1. Pengalaman yang pahit jika diambil iktibar akan mematang dan mendewasakan kita. Kejayaan akan dicapai sesuai dengan tahap kematangan yg kita miliki. Insyaallah.

    Ubens,
    http://bicaratentangkehidupan.com

    ReplyDelete

kaktus yg cantik tapi berduri..

kaktus yg cantik tapi berduri..
jadilah seperti kaktus..cantik tapi pandai mempertahankan diri dengan duri yag melitup dirinya...

pELaNg! sElEpAs HuJAn...

alt

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

jauh itu kan rindu

jauh itu kan rindu
EVERLASTING LOVE

Jauhkan Rindu

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

adakalanya kita harus memaafkan....

aku selalu tertanya patutkah aku maafkan dia...?perlukah aku memberi ruang kepadanya..?siapa aku untuk menghukumnya..?Tapi aku hanya insan yg lemah xpunya apa2..aku....aku hilang punca..aku tak tahu mana aku nk mula..untuk menerimanya kembali itu mustahil bagiku...untuk memaafkan nya..bukan mudah bagiku..aku perlu tabah untuk menjalani waktu2 yang akan berlalu..dan yang telah berlalu itu aku biarkan ia pergi..pergilah...aku lepaskan..kerana aku tak mahu lagi terus merasa kesakitan ini..maafkan aku kerana terpaksa menarik diri dari setiap janji2 ku..ini adalah yang terbaik..aku serahkan semuanya pada yang Esa.. Cinta & kasihku kini hanya untukmu Ya Illahi.. jikau Kau izinkan aku untuk jatuh cinta lagi biarlah aku jatuh cinta pada jalan cinta yang Kau redhai jalan yang penuh dengan rahmat Mu..

Jika benar dia untukku satukanlah cinta kami di jalan Mu,
Jika tidak jauhkanlah dia dariku....
Jangan kau sesatkan kami Ya Allah..
Setelah engkau memberi petunjuk kepada kami..

amin ya Rabbalalamin..

Bikisan Doa

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah

biar masa yg menentukannya...

patut ke aku buang semua kenangan aku???and mampukah aku untuk membina kenangan yang baru??kata org bijak pandai "what u give u get back"...tp selama nie apa yg aku bagi n apa yang aku korbankan xpernah pn berpihak pada aku... Lepas apa yg dh jadi aku belajar cara hidup baru..aku cuba untuk lupakan dia..jauh disudut hati aku aku mmg x sanggup..tp aku terpaksa...biarlah masa yg mengaturkan semuanya..aku kecewa..tp hanya untuk hari semalam,bukan untuk selamanya..aku belajar dari setiap kesilapan yang ada..aku menjadi dewasa dengan setiap kata2..terima kasih kerana selama nie snaggup melayan karenah aku..semoga diakhirnya kau mendapat yang terbaik..biarlah aku disini seorang diri mencari jalan yg betul2 pasti..aku bukan untukmu..maafkan aku..aku tengah berusaha untuk membuang sumua kenangan kita...Alhamdulillah sikit2 aku berjaya..aku tekad xakan berpaling semula...jika mmg ada jodoh kita suatu hari nanti aku terima dengan redha..aku x mahu memaksa dan aku xmahu dipaksa...Ya Allah berikanlah kami petunjukmu...ikhlaskanlah hati kami untuk berpisah..untuk kebaikkan pada jalan agama Mu..

Sekarang aku tak lagi memerlukan seseorang lelaki bernama kekasih...bukan untuk sekarang malah mungkin untuk selamanya...cukup lah ada kasih sayang untuk keluargaku & rakan2 tersayang...

buat rakan2 yang banyak membantu, banyak meluangkan masa untuk menemaniku dalam setiap keadaan terima kasih xterhingga aku ucapkan..

http://kehidupananakdesa.blogspot.com @ nor hidayah hamid terima kasih kerana banyak bantu aku dlm setiap masalah...

fatin laila@ nor laila hashim terima kasih sebab seringkali bersama aku di setiap ketika..dirumah nie sbg kawan sebilik, di ofis sebagai teman sekerja..terima kasih kerana sudi melayan setiap karenah aku...

keynn smile @ siti sakinah abd mutalib.terim kash kawan...susah senag kita selalu ada bersama..walau mcm mana perit hidup nie tabah lah menghadapi...setiap kata2 semangat yg kamu beri menyedarkan aku dan membuatkan aku lebih tabah dalam menghadapi kehidupan ini....

khas buat lily sharmila tq sangat2 kerana memahami syud dari zaman sekolah lagi...terima kasih diatas setiap sokongan...bila nak kawin jgn lupa jemput yer...& x sabar2 nak jadi pengapit......

buat couzn2 aku yang sangat memahami terima kasih kerana banyak memberi support yg positif...

buat mak ayah tersayang jasa kalian alang xpernah lupakan..terima kasih kerana memahami setiap kehendak anak mu.... maafkan kerana impian kalian terhadapku sedikit tersasar...maafkan anakmu....

@pa yg Patut aku buat......

bila aku pikir2 masalah yg ada aku jd haru biru...hilang punca...aku xjumpa jalan penyelesaian..buntu..hanya aku saja yg tahu...hanya aku yg memAhami....bukan org lain...org lain boleh ckp sbar2 dan terus sabar..tp aku???xmungkin...aku terus menerus dihantui oleh perasaan aku...masalah aku..sampai bila aku harus mcm nie...aku perlukan kekuatan untuk terus bangkit dari kesilapan yg lalu....tapi aku tak ada keyakinan..aku hilang arah..aku hilang punca...semuanya kerana 1 masalah....aku ingat bila aku dh kembali kepada semangat yang baru masalah nie xkn ada lagi..tapi..dia tetap hadir sebagai mimpi ngeri aku...
aku tak pasti apakah ini pengajaran bagi org seperti aku...bagaimana harus aku terima keadaan ini...aku tak pasti apa harus aku buat..mana jalan yang betul...mana 1 harus aku pilih...adakah aku layak untuk semua itu...??semua tu persoalan dlm minda aku...hanya diminda semata2...xpernah lahir dibibir...xpernah terucap..xpernah dilafazkan...hanya diri yg menanggung...hanya takdir yg menentukan...hanya hati yg merasakan..hanya kesedihan menyelubungi....semuanya seorang diri..tak tahu kepada siapa harus aku zahirkan...adakah mereka sudi...atau sebaliknya...tapi aku bukan macam orang lain yang senang bercerita...aku hanya diri ku..kesepian dalam kehidupan banyak membawa aku dalam ketenangan..ketenangan pula sebaliknya ada kegoyahan..wajah yang selalu ceria disebaliknya menanggung derita yang berpanjangan....hati yang selalu tenang di dalamnya ada luka yang menghancurkan.....

Alamak.......tulis pnya tulis maggi aku dh kembang..adoiiiiiiiii.....nnt sambung lg ya...
bye..